Archive for the ‘Tempat Menarik dan Kembara’ Category

Kota Belanda

Kota Belanda terletak di Pulau Pangkor, kira-kira 100 meter dari pantai. Kota Belanda ini dibina oleh Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) pada tahun 1670 untuk menyimpan bijih timah yang diperolehi dari negeri Perak.

Namun, pada tahun 1960, rakyat tempatan yang tidak bersetuju dengan cara Belanda memperolehi bijih timah tersebut dan telah membinasakan Kota Belanda ini namun pada 1749 Belanda telah membinanya semula dan menempatkan seramai 80 orang pengawalnya di sini.

Selepas tahun 1779 Kota Belanda tidak digunakan lagi kerana Belanda menumpukan kepada perdagangan rempah di Maluku, Indonesia. Belanda juga berhadapan dengan Perang Napoleon di Eropah. Pada tahun 1824, Belanda dan Inggeris secara tak rasmi membahagikan wilayah penguasaan masing-masing di Nusantara.

Selepas peninggalan Belanda dari Pulau Pangkor, kota ini telah dibina semula oleh Jabatan Muzium pada 1973 dan telah diwartakan sebagai monumen lama dan tapak tanah bersejarah di bawah Akta Bendapurba 1976 dalam Seksyen No. 247 , Warta Kerajaan Negeri Perak bertarikh 31 Mac 1970.

Sehingga tahun 1997, Kerajaan negeri Perak telah memajukan lagi kawasan ini sebagai kawasan perlancongan negeri Perak. Beberapa rumah limas tradisional negeri Perak telah dibina di sini. Pelbagai gerai makanan pakaian dan cendera mata ada di sini.

Beberapa bahagian kota ini telah dibaki semula dan diperindahkan di persekitaran perkampungan nelayan Melayu.