Mengenai Pangkor
Pengangkutan
Dari Kuala Lumpur anda boleh memandu melalui lebuhraya PLUS ke Ipoh dan seterusnya ke Lumut. Terdapat perkhidmatan bas ekspres KL-Lumut-KL sepanjang hari. Dari Lumut anda akan menaiki feri ke Jeti Pangkor. Dari jeti anda akan dibawa ke resort pilihan anda sama ada di Pasir Bogak atau di Teluk Nipah dengan teksi (van). Anda juga boleh menaiki penerbangan Berjaya Air terus dari Kuala Lumpur untuk mendarat di Teluk Dalam. Pengangkutan untuk kebebasan anda bergerak di Pulau Pangkor, anda boleh menyewa motosikal atau kereta.
Feri
Anda boleh menaiki feri dari Jeti Lumut ke sini dengan menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Mesra Feri Sdn Bh pada kadar RM 10.00 untuk dewasa dan RM 5.00 untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Harga tiket ini adalah untuk perjalanan pergi dan balik.

Kenderaan Awan: Teksi

Semasa di Pulau Pangkor, anda boleh bergerak dengan kemudahan teksi yang boleh memuatkan sehingga 7 orang dalam setiap perjalanan. Teksi ini mudah didapati di mana-mana sahaja di sekitar Pulau Pangkor dan bayaran yang dikenakan adalah bergantung kepada destinasi.