|
Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.
Melawat Tempat Menarik
Tempat-tempat untuk dikunjungi:
» Lapangan Terbang Teluk Dalam
» Kilang Satay Fish SPK
» Tukang bot SPK
» Taman Fu Lin Kung
» Pekan Pangkor
» Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung
» Teluk Segadas
» Pantai Pasir Bogak Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
» Monkey Bay
» Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah)
» Pasir Giam (Coral Bay)
» Teluk Man
» Taman Lin Ji Kung
» Pantai Puteri Dewi
» Pulau Pangkor Laut
PANCING
Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat) atau Pulau Sembilan. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu anda serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!
Perairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.
PUKAT TARIK
Pengalaman unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga. Bayangkan betapa seronoknya bersama kawan-kawan menarik pukat di pantai (tentunya dengan bantuan Tekong yang pakar), kemudian sama-sama menikmati hasil tangkapan anda! Mmm... BBQ di bawah hembusan bayu dan bisikan ombak. Dan, jika anda bernasib baik, hasil tangkapan boleh dijual bagi meringankan perbelanjaan anda semasa bercuti.
EKO-PELANCONGAN
Satu aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik.
Di Teluk Nipah juga penggemar sukan lasak (outdoor) dapat memenuhi desakan naluri mereka dengan aktiviti jungle-trekking, abseiling dan repeling. Lokasi yang menarik bagi tujuan ini termasuklah Bukit Pangkor, Titi Gantung, Air Terjun dan Teluk Segadas. Pulau Pangkor sering menjadi pilihan bagi acara-acara berbentuk advencer dan ekpedisi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti National Geographic Society's Eco-Challenge, Half-Marathon Pulau Pangkor, acara-acara merentas desa berbasikal, ekpedisi hutan tropika, ekspedisi kayak dan sebagainya. Kesimpulannya, Pulau Pangkor menyediakan pelbagai jenis aktiviti, laut dan darat, di dalam sebuah pulau, semua-dalam-satu!
|