Archive for the ‘Berita’ Category

Peta Pangkor

The Pangkor maps are an indispensable piece for the traveler. But I have to admit something to you, dear reader. Over the years that I traveled I fell in love with maps. It didn’t matter where I was, I wanted a map. If it was in downtown Istanbul, Esfehan in Iran or somewhere in the middle of China, I wanted a map. A map gives a feeling of stability. A feeling of knowing where you are.

Of course these days there are the GPS’s but that is not the same. It is great to have a piece of paper in your hand and sort out where you are. Since I like maps that much, we decided to put a few maps which may be useful for you when you travel to Pangkor Island. Feel free to print them out when you come to Pulau Pangkor.

pangkor-map

Peta Pulau Pangkor
Pangkor Island’s Map

Tempat Menarik

Berita 3

Banyak tempat untuk dikunjungi di Pulau Pangkor. Ini termasuk kesan tinggalan sejarah Kota Belanda di Teluk Gedung dan Taman Fu Lin Kong di mana terdapatnya replika Tembok Besar Negeri Cina. Perjalanan dengan van (untuk 10 orang) boleh diatur. Termasuk lawatan ke Kilang Satay Fish, Pekan Pangkor dan pantai-pantai. Atau anda mahu mengelilingi Pulau Pangkor dengan bot laju. Tentunya ia bakal menjadi pengalaman yang sukar dilupakan.

Melawat Tempat Menarik

Tempat-tempat untuk dikunjungi:

  • Lapangan Terbang Teluk Dalam
  • Kilang Satay Fish SPK
  • Tukang bot SPK
  • Taman Fu Lin Kung
  • Pekan Pangkor
  • Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung
  • Teluk Segadas
  • Pantai Pasir Bogak Pantai Pasir Ketapang (Turtle Bay)
  • Monkey Bay
  • Pulau Mentangor dan Giam (Lagun Teluk Nipah)
  • Pasir Giam (Coral Bay)
  • Teluk Man
  • Taman Lin Ji Kung
  • Pantai Puteri Dewi
  • Pulau Pangkor Laut

PANCING
Memancing di perairan Pulau Pangkor (Pulau Dua, Karang Darat, Tanjung Terengganu, Rumah Raja dan dalam selat) atau Pulau Sembilan. Tekong-tekong ternama seperti Cokodok, Man Kanji, Pak Wahab, Pak Musa sedia membantu anda serta memberi tip-tip yang berguna. Trip memancing serba mewah (kapal yang lengkap dengan kabin, kemudahan asas dan sajian makanan) juga disediakan!

Perairan Pangkor kaya dengan pelbagai spesis batu karang dan hidupan laut, dikatakan bilangan spesisnya lebih banyak daripada yang terdapat di terumbu perairan Sabah.

PUKAT TARIK
Pengalaman unik yang ditawarkan, menangkap ikan dengan menggunakan pukat tarik. Bakal memberi kepuasan yang tidak terhingga. Bayangkan betapa seronoknya bersama kawan-kawan menarik pukat di pantai (tentunya dengan bantuan Tekong yang pakar), kemudian sama-sama menikmati hasil tangkapan anda! Mmm… BBQ di bawah hembusan bayu dan bisikan ombak. Dan, jika anda bernasib baik, hasil tangkapan boleh dijual bagi meringankan perbelanjaan anda semasa bercuti.

EKO-PELANCONGAN
Satu aspek pelancongan yang kini kian popular di Pulau Pangkor ialah eko-pelancongan. Pulau Pangkor memiliki kekayaan alam semulajadi, bukan sekadar hutannya yang kaya dengan flora dan fauna serta bentuk muka bumi yang mencabar peminat aktiviti luar, malah juga kekayaan dasar laut iaitu karangan laut serta hidupan laut yang eksotik dan unik. Di Teluk Nipah juga penggemar sukan lasak (outdoor) dapat memenuhi desakan naluri mereka dengan aktiviti jungle-trekking, abseiling dan repeling. Lokasi yang menarik bagi tujuan ini termasuklah Bukit Pangkor, Titi Gantung, Air Terjun dan Teluk Segadas. Pulau Pangkor sering menjadi pilihan bagi acara-acara berbentuk advencer dan ekpedisi di peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti National Geographic Society’s Eco-Challenge, Half-Marathon Pulau Pangkor, acara-acara merentas desa berbasikal, ekpedisi hutan tropika, ekspedisi kayak dan sebagainya. Kesimpulannya, Pulau Pangkor menyediakan pelbagai jenis aktiviti, laut dan darat, di dalam sebuah pulau, semua-dalam-satu!

Mengenai PangkorNET

PangkorNET dibangunkan untuk memberi kemudahan kepada para pelancong untuk meneroka keindahan Pulau Pangkor secara maya sebelum anda berkunjung ke sini. Kami bertindak sebagai perantara untuk anda mengetahui serba sedikit tentang pulau yang bersejarah ini. Kami berikan anda kemudahan untuk memilih Chalet dan Resort yang sesuai untuk ditempah.

PangkorNET ialah syarikat bumiputra yang berdaftar, menjalankan perniagaan jualan perkakasan di Pulau Pangkor selain cenderahati yang terletak di Teluk Nipah.

Maklumat Syarikat
Nama Syarikat: Pangkornet Enterprise
No. Pendaftaran Perniagaan: IP0262203-U
Alamat Surat Menyurat: Lot 4446, Teluk Nipah, 32300 Pangkor, Perak.

Maklumat Pentadbiran
Pengurus: Badrul Hisham Bin Haji Khalil
No. Telefon Bimbit: +6.012-5801952 (Badrul Hisham) / +6.012-5289030 (Zul @ Fuad)
No. Fax: +6.05-6852019
E-Mail: booking@pangkor.net

Hubungi PangkorNET

Anda bercadang untuk bercuti di Pulau Pangkor tetapi tidak tahu bagaimana ke sini? Kami bersedia membantu anda! Anda boleh SMS, telefon atau hantarkan e-mail untuk pertanyaan. Proses e-mail mengambil masa 24 jam untuk diproses. Anda boleh menggunakan kemudahan SMS atau telefon untuk mendapat jawapan secepat mungkin. Selain itu, sila kemukakan pertanyaan atau tempahan di Kotak Pertanyaan.

Telefon/SMS:
Badrul Hisham (+6.012-5801952)
Zulkipley Shahrani @ Fuad (+6.012-5289030)

Alamat:
Lot : 4446 Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan.

E-mail: booking@pangkor.net